Sunday, 28 February 2016

Goodies untuk Majlis Cukur Jambul & Akikah

Hai korang tengah buat apa 2.. weekend  bestnya  kalau dapat jalan-jalan cari makan atau shopping kan.. saya ni semenjak dah jadi mama ni.. di rumah jela pada hari ahad yang indah begini.. sedihnya..huhhuhu.. xsabar nak tunggu baby 3 bulan..boleh  g jalan-jalan. sebab masa 2 baby dah besar ckit kan..


OK. back 2 the story. Cuti raya cina ari 2.. kami  mengadakan Majilis Cukur Jambul dikampung suami, Kelantan. Majlisnya simple2 sahaja. Untuk goodies bag. saya dan adik buat sendiri je.. itu pn buat time berpantang., ok la daripada xda langsung kan..
sebahagian goodies bag...

Brown paperbag  saya beli  dekat kedai bakery bangi. yummie bakery dan sticker tempah dekat booth kecil-kecil di Jusco..
Dalamnya saya isikan surah Yassin saya beli dekat Mydin Usj dengan harga 0.85 sen satu, kacang saya packing kecik-kecik . saya letak 3 jenis kacang. dan  Appolo...lupa nak ambik gambar kacang..




kacang saya packing dalam plastik ( sumber google)  tapi saya letak tiga jenis kacang


Ok la. semoga perkongsiaan ini dapat memberi idea kepada ibu-ibu yang bakal mengadakan Majlis Cukur Jambul dan Akikah.

~TATA~

























Monday, 22 February 2016

RESEPI PUDING ROTI SIMPLE

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. 


Hari ini, saya nak kongsikan resepi mudah puding roti. Jom tengok bahan-bahannya..


BAHAN-BAHAN

~ 6 keping roti
~ 2 cawan susu segar
~ 1/2 cawan gula kastor
~  1 sudu mentega
~1/4 sudu kecil garam
~2-3 biji telur (pukul ringan)
~ esen vanilla
~ serbuk kayu manis
~kismis

CARA-CARANYA

1. Panaskan susu seketika sehingga hampir mendidih kemudian angkat, masukkan roti dan kacau sehingga terendam



susu dididihkan


2. Masukkan mentega, garam dan gula kacau rata dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur xmasak. 




3. Akhir sekali masukkan telur yang dikacau dengan esen vanilla. kacau rata.

4. Tuangkan adunan tadi kedalam loyang dan hiaskan dengan kismis. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit..Secara steambath ( masukkan air dalam bekas besar sebelum diletak loyang dan dibakar)


sebelum dibakar




5. Bila dah siap boleh dihidangkan dengan sos kastard.


PUDING ROTI SIAP DIBAKAR



BAHAN-BAHAN SOS KASTARD

1  1Tin susu cair
2. 2 sudu tepung kstard
3. 2 sudu besar gula
4 1 sudu teh esen vanilla


CARA-CARA

Kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat.. sediaa dihidang bersama puding roti..

Mudahkan.. so apalagi jom cuba.


SOS KASTARD




PUDING ROTI..


OK la..selamat mencuba..