Friday, 27 February 2015

CARA MAKAN BUAH ZURIAT

Assalamualaikum..

Malam ni nk share cara makan buah zuriat.. buah zuriat ini sebenarnya satu usaha untuk dapatkan anak bagi golongan yang ttc mcm sy..
buah zuriat
Firstly..kupas kulit dan tempurungna guna kapak, tukul atau pisau besar sebab ianya sgt keras tau..ambil isirungnya dan rebus dengan 6 gelas air selama 30 minit sehingga airnya bertukar warna macam air teh ok..




Amalkan minum selama 44 ari atau sebulan lebih untuk 2 biji buah zuriat dan boleh diminum pada bila2 masa suami dan isteri @ before "bersama"..atau diminum sehingga mengandung amin..mudah2an.

Before minum:
●Baca surah Al-Anbiya ayat 89 dan berselawat keatas Nabi S.A.W (3×)
Maksudnya: Dan ingatla ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Allah" Ya Tuhanku, jangan engkau biarkan aku seorang diri (tanpa keturunan)dan engkaula jua yang sebaik2 mewarisi.
atau
● Baca ayat 38 surah Ali -Imran
Yang bermaksud : Berilah aku zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau maha pendengar dan memperkenankan doa.amin

Okla. Semoga entry ini dpat membantu warga ttc.. kita hanya mampu berusaha..semoga ada rezeki untuk kita..Amin..Doakan ada keajaiban utk sy ok..☺





Friday, 13 February 2015

ANALISIS SWOT PENDIDIKAN MORAL SPM 2015



ANALISIS  SWOT  BIDANG   PENDIDIKAN MORAL

KEKUATAN (S)

S1        Pihak pentadbir, GKMP dan kebanyakan KP berkebolehan dan berdedikasi
S2        Semua guru adalah guru terlatih
S3        3 orang guru opsyen pendidikan moral
S4        1 orang guru pemeriksa pendidikan moral SPM
S5        Kemudahan ICT lengkap dan canggih
S6        80% guru menguasai kemahiran ICT pada tahap “BAIK”
S7        60% guru berpengalaman mengajar melebihi 10 tahun
S8        70% guru mempunyai budaya kerja yang positif

KELEMAHAN (W)

W1       Kekurangan guru opsyen
W2       Guru mengajar subjek bukan opsyen
W3       Program akademik Panitia kurang berkesan
W4       Penguasaan murid dalam BM kurang memuaskan
W5       Murid kurang proaktif dan kurang motivasi untuk belajar
W6       Murid tidak mementingkan pencapaian akademik

PELUANG (O)

O1       Mendapat sokongan padu dan sokongan kewangan daripada PIBG, Alumni dan Lembaga Pengurus
O2       Jalinan hubungan yang baik dengan  pihak  IPT swasta



CABARAN (T)

T1         Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan kurang memberi galakan kepada murid
T2        Sekolah terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Bangunan 118 Tingkat
T4        Sekolah 2 sesi dan kekurangan tempat untuk aktiviti tambahan P & P



Ikan kembung berlada

Assalamualaikum..

Malam ni sja nk share resipi..mana tau esk2 korang xtau nk masak apa bleh la cuba. Hamboi..bunyi mcm hbat sgt memasak nih..hahhaha..ok la jom tgk resipi..

Bahan-bahan

4 ekor ikan kembung
Bawang putih (4 ulas)
Bawang merah ( 3 ulas)
Serai
cili padi( 5 biji)
Gula
Garam
Kunyit

Cara-cara
 1.Ikan dilumurkan dengan kunyit.goreng dan ketepikan.
 2. Bawang putih, bawang merah dan cili padi di blend kasar
 3. Panaskan minyak tumis bahan yg dikisar tambah serai, gula dan garam seckup rasa n masukkan ikan yang di goreng..biarkan beberpa minit dan sedia di hidang..mudah sgt kn..
Selamat mencuba xoxo



Tuesday, 10 February 2015

Jalan-Jalan Di Sabah

Assalamualaikum..

Cuti akhir tahun lepas sempat la jalan-jalan ke sabah..Sebenarnya sabah ni tahun 2013 pn dah pergi..tp dulu sempat ke tawau je..itu pn sebab pergi ambik barang2 suami.. dia mengajar kt sabah 5 tahun.. sempat jgk la dua tahun berpjj ( cinta jarak jauh)  huhuhu..Bila dapat pndah..pergi la sne ambik barang-barang.

Dengan kerja yang xpernah habis.. nama je cti sekolah..hujung-hujung cuti bru la berkesempatan bercuti..Memandangkan suami dulu pernah mengajar di Tawau.. Makanya  ke Tawau  la kita..Tawau -KL ambik masa dalam 3 Jam.. Kat tawau ni yang best makannannya berbanding tempat2 lain di sabah. Seafoodnya sangat murah kt cni..So kalau datang Tawau jangan lupa mkan seafood puas2..



Bihun sup payau (Daging Rusa)-berdekatan airport


Ikan bakar



Pisang Cheese @ Kopitiam Tawau. Yang ni memang best..




Dua ari di Tawau.. Kami bergerak ke Kundasang..kami ke sana guna jalan darat. Saja nk jalan-jalan tengok keindahan gunung ganang. kata pencipta alam kn..harusla..hehhe.Kos sewa kereta dengan harga
RM400 untuk 6 ari..agak murah berbanding tempat lain. Perjalanan ambik masa 7 jam jugak pergi dan  7 jam balik..dengan jalannye yang agak mendukacitakan..maka smpaila kami di Kundasang. Sampai  kat sane memang  dah petang .


Hujan 



Jom layan cerita bergambar ... hehhe

   
Cuaca berkabus selepas hujan




                                                        Desa  Dairy Farm

Kalau korang nk dapatkan view cantik @nk tgk  lembu  datang la pada waktu petang. Lpas kul 3..kalau pagi2 mmg xdpatla..






Kaki Bukit Gunung Kinabalu




Cuaca sejuk smpai berasap2 kabus kat belakang 2..huhuhu



Buah ni  rasa cam cheese tp dah lupa nama..

Susu segar boleh beli di Desa Dairy Farm..






 
Alang-alang ke sana jom la kita singgah di Rumah Terbalik Tamparuli..          


Rumah Terbalik




Jalan Ke Ladang Sabah Tea..mmg mncabar

Ladang sabah tea..Tidak secantik di Cameron Highland        


Ikan-ikan di sg Moroli bersebelahan sabah tea..ini di ranau tau..




Spa kaki..


After berspa kaki bagai..moh la kita pulang ke tawau ..sampai cni jela entry jalan-jalan Sabah..Ok bye..:)



Monday, 9 February 2015

Tempat Menarik di Putrajaya

Assalamualaikum..

semalam sempat la g jalan-jalan putrajaya. 6 tahun kerja di kl. ni baru berkesempatan nk g jalan-jalan kt taman-taman awam putrajaya. Sadis btul..Heheehe.. Biasa kalau g putrajaya pergi kt Masjid Putra dan Alamanda je.. semalam xtau la macammana tiba-tiba rasa nak g tempat yang tenang-tenang petang-petang..so marilah kita ke sana. maklumla sabtu 2 ada merentas desa dekat Tasik Sri Permaisuri. So jgan ingat kerja guru ni senang ye..sabtu pn kena kerja tau...:(

Ok la berbalik kepada cter jalan-jalan putrajaya..Mula -mula sampai 2.. korang akan  nampak astaka morocco.cantik jugak tempat ni..kalau nak buat photoshoot mmg sesuai sangat..
Astaka Morocco




Pintu yang menjadi rebutan untuk bergambar..hehhe







 


view depan.

Bersebelahan Astaka Morocco ni jgk terdapat Taman Botani..Viewnya sgt cantik..kat cni kita boleh berbasikal, jogging, bagi ikan makan.. nak buat birthday party pun boleh...:)kalau korang ada anak-anak kecik memang sesuai la bawak anak petang2 beriadah..



Jom kira tangga..

Ok la.. 2 je nk cter sebenarnya..:)



Friday, 6 February 2015

Makanan Untuk Berdiet

8  Makanan Untuk Berdiet 

1. Sup Sayur~~~~ makanan yang mempunyai banyak air akan memberikan rasa cepat kenyang.. Di samping itu, sayur-sayuran  dapat bagi korang tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh... so cara ini dapat elakkan diri dari makan secara berterusan..


 Sumber. google



2. Epal Hijau~~~korang tau tak.. sebiji epal mengandungi tiga gram serat. Serat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan sembelit. Serat juga dapat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme..Epal hijau memang sesuai  untuk orang berdiet kerana ia memang kaya dengan nutrient  tambahan serta rendah kalori.


sumber  google


3. Air Sejuk~~~ Sesetengah pendapat bahawa minum air putih atau suam sudah mencukupi, Namun ada pendapat lain mengatakan kalau kita minum air masak  yang telah disejukkan itu lebih baik.


sumber google


4. Buah Tin~~~mengandungi kalsium , zat besi, vitamin b6, vitamin e dan potassium dan kaya dengan serat tinggi. amalan makan buah tin dapat mengawal nafsu makan.

sumber google

5. Jus Citrus~~minuman jenis ini  popular dan diamalkan  untuk mengurangkan berat badan (detox) seperti oren, limau nipis,lemon dan limau gedang.


sumber google


6. Bijirin~~~sarapan paling baik untuk kesihatan. jika anda mengambil sekurangnya 5 kali seminggu dapat mengurangkan risiko diabetes dan obesiti. Bijirin mengandungi kalsium dan serat yang  dapat membuat  annda rasa kenyang.
sumber google

7. Rempah~~~ amalkan makanan berempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis. rempah2 ini dapat membantu membakar kalori.


sumber google



8. Makanan tak berkanji~~~kurangkan makanan berkanji seperti mee, pasta dan roti. Anda digalakkan melebihi sayur2an dalam setiap hidangan.


sumber google


Tuesday, 3 February 2015

Usaha-usaha TTC



1.  SUSU AL-KHISBUN
-Resepi  terulung untuk kesuburan rahim. Mengandungi susu kambing , serbuk kurma  dan herba-herba arab
 -Sesuai untuk para suami yang ingin memperbanyakkan sperma yang berkualiti dan untuk  yang ada azoospermia.
           -Sesuai untuk wanita yang ingin hamil dan mengubati  ketumbuhan cyst, fibroid,    endometrisis, tiub fallopio tersumbat, pcos dan penyakit serius  lain.
         - Dua botol jugak saya minum susu ini.Tp sayangnya xmemberi kesan kepada saya.    SedihnyaL


      




       2.  ALAT KESAN WAKTU SUBUR(OPK)
        -Berfungsi  tingkatkan peluang untuk hamil dengan mengetahui waktu subur.

       -  Korang boleh beli di farmasi berhampiran.





   3. SHAKLEE
    -Produk ini memang memang laris di pasaran. Saya hanya mengambil Gla, Vitamin c, dan B compleks.
    -6   bulan jugak saya mengambil produk ini. 







      4. SUSU ANMUM MATERNA
  - Bukan hanya untuk wanita hamil SAHAJA.
   -baik untuk wanita yang merancang untuk pregnant kerana mengandungi asid folik
   -terdapat pelbagai perisa coklat, mangga dan original
   -kalau aku..aku lebih suka perisa original
  -Harga= RM34.00 for 650g


    5. SAFWAH IKHTIAR
- merupakan gabungan istimewa madu isfahan dan herba-herba zuriat wanita yang terpilih dari tanah mediterranean yang terkenal dengan keberkesanannya dalam membantu menyembuhkan 1001 masalah kesuburan wanita. Formula Safwah ini diperbaharui dengan tambahan 7 jenis herba lagi yang mampu meningkatkan lagi keberkesanannya 3x lebih berkesan dalam menyuburkan rahim dan membantu dalam penyembuhan penyakit rahim. 
-Dua botol gak saya minum safwah ni..myb xde rezeki saya lagi.
-Harga  rm 110




6. FERTEE OIL
- saya gunakan bersama safwah
-Formula kesuburan No.1 didunia. Digunakan oleh PAKAR KESUBURAN HOLISTIK dari BARAT yang terbukti berkesan membantu beribu-ribu wanita dan lelaki yang ada masalah kesuburan iaitu Minyak Terapi Kesuburan (fertee oil).
-Diurut dibahagian bawah rahim Selepas mandi



7. LAPAROSCOPY
-Dapat tau ada ovarian cyst masa cuti bulan 6 2014
-Buat laparoscopy pada 2 oktober 2014
-Kos Rm9000 termasuk ubat dan hospital

8. ASID FOLIC
-Lepas laparoscopy saya hanya amalkan asid folic
-My gnea bagi tempoh 5 bulan untuk pregnant.


DAN...yang penting sebenarnya kita perlu berbalik kepada yang maha Esa.. Yang ini memang sy amalkan berdoa selepas solat dan sentiasa buat solat hajat..myb rezeki saya belum sampai masanya lagi. Bersedekah pun salah satu caranya..Jun nanti genap 3 tahun usia perkahwinan kami. semoga ada sinar baru dalam hidup kami untuk tahun 2015..Amin..